Friday 30 September 2011

Kita Sibuk Dengan Apa?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu....

untuk semua sahabat sahbiah..dan saya sendiri...
Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah...Amiin ya Rabbi..

sebenarnya saya nk berkongsi ilmu dengan anda semua untuk direnungi bersama..

Selamat membaca...^_^

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)- sekiranya dah berumahtangga
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook /-tengok Youtube
  • Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali

 

Menegak Agama Membela Bangsa: Sejarah perjuangan kemerdekaan PAS

"Setelah mencapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.

"Sebagai sebuah parti yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam atau Islamisme. Kita percaya dengan Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

"Dengan lain-lain perkataan bahawa tugas kita yang terpenting sesudah tercapainya kemerdekaan ialah berikhtiar supaya undang-undang dan peraturan yang diamalkan dalam masyarakat dan dalam pemerintahan negara, sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah. Dengan itu barulah ada nilainya Islam itu sebagai agama pembimbing hidup kemanusiaan." - Prof Zulkifli Mohamad

Menegak Agama Membela Bangsa: Perjuangan PAS 1951-1970
Oleh Dr Ismail Said
Buku Harakah, 2011.

Buku Menegak Agama Membela Bangsa: Perjuangan PAS 1951-1970 ini amat relevan dengan perkembangan semasa politik tanah air, semasa kita masih meraikan ulangtahun kemerdekaan dan menyaksikan perdebatan hangat menilai semula sejarah negara.

Hasil kajian akademik Dr Ismail Said ini merakamkan sejarah awal PAS, menjelang kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan perjuangan getir tahun-tahun awal selepas merdeka.

Buku ini menceritakan perjuangan PAS di bawah pemimpin-pemimpin awal Haji Ahmad Fuad Hassan, Dr Haji Abbas Alias dan Dr Burhanuddin al-Helmi.

Hasil kajian yang dikemukakan dengan mudah menjawab dakwaan bahawa hanya parti nasionalis Umno dan sekutunya sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan, atau mereka sahaja pejuang tulen kemerdekaan.

Buku ini menjelaskan bagaimana asas kesedaran Islam telah membina perjuangan Islam untuk memerdekakan tanah air daripada penjajahan Inggeris, dan gandingan kesedaran Islam dan semangat membela bangsa memperkukuhkan perjuangan PAS pada tempoh awal kemerdekaan negara.

Dapatan pengkaji ini memperlihatkan semangat Islam dan Melayu yang kukuh dalam diri setiap pemimpin awal PAS itu, seperti yang dicatat dalam perlembagaan parti.

Dengan tegas sekali, pemimpin-pemimpin PAS terbabit memperjuangkan agama Islam dalam mengisi kemerdekaan negara, dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara yang merdeka ini.

Turut dirakamkan ialah perjuangan getir PAS menghadapi beberapa pilihan raya awal, berdepan dengan tekanan dan sekatan oleh pemerintah termasuk ditahan tanpa bicara.

Banyak iktibar boleh diperolehi daripada kisah perjuangan pemimpin-pemimpin terawal PAS yang terakam dalam buku ini, menjadikannya sebuah karya yang terus relevan dan bacaan penting kepada ahli-ahli PAS.

Makna kenyataan Pakatan Rakyat tentang hudud

Kata sepakat parti-parti Pakatan Rakyat dicapai hasil pertemuan empat jam pemimpin-pemimpin semalam.

Keputusan yang dicapai ialah kompromi yang boleh dijangka bagi sebuah gabungan parti politik berbeza ideologi.

Apa yang dicapai dalam mesyuarat pemimpin PR itu sebenarnya bukan sesuatu yang baharu, kerana sekadar menegaskan sekali lagi bahawa PR ialah satu gabungan dengan agenda bersama.

PR telah bersetuju dengan dasar bersama dan agenda yang dicatat dalam Buku Jingga yang dilancarkan pada konvensyen gabungan itu pada Disember tahun lalu.

Hal yang tidak dipersetujui, yang berkaitan dengan ideologi tidak menjadi agenda PR, termasuk pelaksanaan hukum jenayah hudud dan undang-undang Islam lain, seperti yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu di bawah pimpinan PAS.

Semua parti terlibat, terutama PAS, perlu menyedari apa yang dimaksudkan dengan agenda bersama ini, dan bersedia berkompromi dalam hal-hal tertentu. Di sinilah letaknya had kerjasama parti-parti PR.

PAS juga perlu menyedari bahawa parti-parti PR yang lain secara ideologinya tidak akan bersetuju dengan hudud dan undang-undang Islam lain.

Apa yang dinyatakan oleh Karpal Singh, pemimpin veteran DAP di konvensyen tahun lalu sebenarnya telah menjelaskan dengan terang pendirian DAP, iaitu bersedia berkompromi tetapi tidak menerima agenda negara Islam (termasuk hudud) PAS.

Pendirian Karpal dalam pertikaian terkini dengan PAS hakikatnya tidak berbeza langsung dengan apa yang disebut semasa konvensyen itu, seperti dirakam SiasahDaily:

"PAS sama sekali tidak boleh membaca dengan berlebihan kenyataan Karpal Singh itu dan menganggap debat isu tersebut sebagai sudah selesai dan DAP menerima ide negara Islam PAS.

"Apa yang berlaku hanya satu kompromi, dan menunjukkan PR ialah satu usaha sama parti-parti pembangkang dalam hal yang dipersetujui sahaja."

Setiap parti sememangnya akan membawa agenda yang difikirkan mewakili kepentingan nasional untuk diangkat sebagai agenda perjuangan PR, dan PAS tidak boleh terkecuali daripada usaha ini.

Banyak agenda dan pendekatan parti DAP dan PKR turut tidak selari dengan dasar Islam PAS, dan kedudukannya sebagai salah sebuah parti utama orang Melayu.

Ini bermakna PR ialah satu ruang dan peluang kerjasama politik, dan tidak boleh dianggap hujung jalan perjuangan PAS.

Friday 23 September 2011

Hudud: Nik Aziz kata respons Dr M lucu, mahu Najib tarik balik surat ‘lama’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz (gambar) dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Wednesday 21 September 2011

Selamat Berkunjung ke HerbaPenawar.com

 “ Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim ”

ANDA SOKONG PROGRAM MEMARTABATKAN PRODUK HALAL ??
 
Mari Menjadi PENGGUNA sekaligus Usahawan Produk Halal HPA Secara Online Bersama HerbaPenawar.com
 
HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-WahidaHPA sejak 13 tahun yang lalu sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.
 
Produk HPA adalah produk yang paling diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan.  Sehingga kini HPA telah mengeluarkan hampir 350 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.
 
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

  •   Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  •   Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)  di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  •   Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  •   Menggunakan 100% herba.
  •   Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  •   Tidak mengandungi steroid
  •   Melepasi ujian had kandungan logam berat.
  •   Melepasi ujian had Mikrob.
  •   Melepasi ujian had kecairan.
  •   Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

 
Perniagaan Online Bersama HerbaPenawar.com
 
Pemasaran menggunakan internet merupakan kaedah pemasaran yang paling penting. HerbaPenawar.com dibangunkan bertujuan untuk membantu para ahli HPA membina rangkaian pengedar secara online kerana peluang untuk mendapatkan prospek dan downline melalui Internet sangat tinggi. Ia MUDAH, CEPAT, BERKESAN, SELAMAT dan KOS OPERASI web ditanggung oleh ADMIN anda.
 
Bagaimana web ini berfungsi?
Apabila anda mendaftar sebagai ahli HPA di web ini, anda akan menerima sebuah laman web replika secara percuma (contoh: www.herbapenawar.com/?ID=userid_anda) yang akan membolehkan anda mempromosinya di Internet. Kemudian, apabila ada pengguna yang mendaftar melalui laman web replika anda, mereka akan secara automatik menjadi downline anda.


 RINGKASNYA.. ANDA PERLU..

Daftar Menjadi Ahli HPA
Beli dan Guna Produk HPA
Promosikan laman web anda yang diberikan PERCUMA!
Lakukan tajaan secara berterusan untuk mengajak semua umat Islam menggunakan produk HPA

1 KELUARGA 1 AHLI
 
** terbuka kepada ahli baru sahaja **


 
Dengan melaksanakan langkah-langkah ini secara konsisten, anda akan berpeluang menjana pendapatan lumayan secara berterusan, InsyaAllah.
 
Jom Mulakan Perniagaan Online Anda Bersama Kami. Bina Rangkaian Anda Secara Online Sekarang Juga!
Pra-Pendaftaran.  Kemudian buat bayaran RM38 dan sahkan pembayaran.
 
 
 
 
KELEBIHAN PERNIAGAAN HPA:
 
  1. Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup.  Tiada renewal.
  2. Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.
  3. Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus. 
  4. Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)
  5. Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.
  6. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka.
  7. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
  8. Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
  9. Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.
  10. Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!
  11. Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.
  12. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
  13. HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua.  Amalkan secara berterusan, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.  Ia mampu mencegah dan merawat.
  14. Ahli juga akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
  15. Setiap bulan HPA akan menyalurkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
  16. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.


rfc-sp-dan-as2

 
 
KELEBIHAN MENJADI AHLI HPA MELALUI HerbaPenawar.com
 
  1. Mendapat laman web replika percuma, contoh: http://www.herbapenawar.com/?id=userid_anda
  2. Sistem Autodownline yang memudahkan untuk mendapat ahli dengan mempromosi web replika anda.
  3. Penghantaran produk secara pos untuk downline.
  4. Penajaan tanpa sempadan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  5. Admin akan membantu dengan memberikan pelbagai tips dan panduan promosi secara berterusan.
  6. Pendaftaran ahli baru secara online diuruskan oleh admin HerbaPenawar.com.
  7. Khidmat sokongan melalui Yahoo Messenger, Email, SMS, Call dan Offline.
  8. Ada promosi dari semasa ke semasa kepada semua ahli di bawah rangkaian HerbaPenawar.Com


Bersama HerbaPenawar.Com Membawa Perubahan - 1 KELUARGA 1 AHLI
 
Marilah bersama-sama kami menjalankan perniagaan yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini.  HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA dan dalam masa yang sama....kita mendapat berkat. 
Sebagai Muslim, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Selama ini juga kita sentiasa dipermain-mainkan dengan isu halal, logo halal yang dimanipulasi.  Inilah masanya kita bersatu membina empayar kita sendiri.
HPA akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak.
Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah kita akan mendapat Perlindungan, Keberkatan dan Dimurahkan Rezeki di mana juga kita berada.

Buka Mata Hati Anda...Usah Berdalih Lagi, Jika Bukan Anda, Siapa? Jika Bukan Sekarang, Bila?
 

Belanjawan 2012, peluang terakhir jamin undi BN

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, pembangkang menjanjikan penurunan harga minyak serta-merta sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Sejak itu, isu harga minyak yang menjejaskan Barisan Nasional ekoran keputusan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi perdana menteri pada masa itu terus menjadi isu kritikal melibatkan sokongan pengundi.

Harga minyak terus ditangani dengan retorik-retorik populis oleh kedua-dua pemerintah dan pembangkang, dengan kedua-dua pihak saling cuba mengatasi satu sama lain.

Tindakan dan janji parti-parti politik sentiasa ditunggu-tunggu dengan harapan dapat meringankan beban rakyat.

Harga minyak di pasaran global dijangka terus meningkat, begitu juga barangan lain. Sejauh mana sesebuah kerajaan mampu untuk menampung kos dalam memastikan harga minyak berada pada tahap yang rendah?

Perkembangan semasa politik dan ekonomi global yang semakin menyumbang kepada peningkatan kos menjadikan isu kepenggunaan seperti ini mendapat perhatian semua lapisan masyarakat.

Tidak dapat dielakkan lagi, belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan nanti dijangka mengandungi habuan dan janji terakhir dan terbesar daripada pemerintah untuk keperluan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Walau bagaimanapun, pendekatan kedua-dua pihak masih dikuasai elemen populis yang tidak menampakkan agenda pemulihan dan kawalan yang lebih berani, bukan sahaja dalam hal minyak dan tenaga tetapi juga melibatkan peningkatan kos semua daripada harga rumah hingga barangan harian.

Dalam banyak hal, kuasa kapitalis jelas lebih mampu untuk mempengaruhi pembuatan dasar berbanding suara rakyat, yang masih kurang diwakili dalam hal ini oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang.

Untuk menangani hal ini dengan lebih berkesan, kedua-dua pemerintah dan pembangkang perlu lebih banyak mendengar dan menerima saranan kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang berautoriti dalam hal ini.

Sunday 18 September 2011

Ubah bendera Malaysia: Manoharan bebal dan biadap


Kenyataan wakil rakyat DAP, Manoharan Malayalam menghina bendera Malaysia memperlihatkan satu kelemahan besar Pakatan Rakyat dalam menangani debat berhubung pembinaan negara.

Sehingga kini, selain usaha DAP menyelamatkan diri dengan menjarakkan diri daripada kenyataan Manoharan, tidak kelihatan satu sikap yang jelas daripada pemimpin-pemimpin parti PR.

Hal ini mendedahkan bagaimana politik kelompok yang sempit semakin menjadi satu ciri yang kukuh politik negara yang wacananya dikuasai pandangan hitam putih dua gabungan parti terbesar negara.

Pemimpin-pemimpin parti PR boleh menghabiskan masa dan tenaga yang banyak mengkritik, menyindir, malah menghina sebarang kenyataan atau tindakan pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang salah atau sekadar tidak sehaluan dengan mereka.

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin PR gagal melihat isu penghinaan oleh Manoharan itu sebagai satu isu yang menyentuh isu yang asas kepada sebuah negara, yang kepentingannya jauh mengatasi politik kepartian.

Walaupun dilapor sudah meminta maaf, ahli DAP yang aktif dalam pertubuhan rasis Hindraf itu telah mendedahkan satu sentimen yang memecah-belah, dan wajar menarik reaksi lebih tegas daripada partinya dan PR.

Ketiadaan kenyataan tegas PR dalam isu ini memberi implikasi gabungan pembangkang itu membenarkan, memaafkan atau mengambil mudah sebarang tindakan melampau sekiranya ditujukan kepada Umno dan pemerintah.

Manoharan memperlihatkan sikapnya yang bebal, kurang ajar dan juga rasis apabila mengaitkan bendera negara dengan BN, yang dikuasai oleh parti Melayu Umno, dan mengatakan bendera sedia ada tidak layak digunakan dan perlu ditukar.

Lebih buruk lagi, dia mengedarkan bendera parti politik untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebagai ganti kepada bendera Malaysia yang ditentangnya itu.

Dia turut mendakwa PR - melibatkan kesemua PAS, PKR dan DAP - akan menggantikan bendera sedia ada dengan bendera lain sekiranya berjaya memerintah Malaysia.

Perkembangan ini, yang bukan kali pertama wakil pembangkang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, turut mendedahkan satu risiko ekoran keahlian pengikut pelbagai fahaman ekstrem dalam parti-parti PR.

Sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya, elemen-elemen ini tidak akan dapat dielakkan daripada menjadi sebahagian kerajaan pusat, dan mempunyai lebih keupayaan untuk mempengaruhi haluan baharu negara nanti.

PR perlu dengan serius bertindak dan mengambil pelajaran daripada episod ini, menjadi peserta politik nasional yang lebih konstruktif dalam pembangunan bangsa dan bukan menjadi penyebar kebencian melalui politik murahan.

Saturday 17 September 2011

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Friday 16 September 2011

Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s. adalah salah seorang Nabi yang disebut dalam Al – Quran. Allah berfirman dalam Surah Maryam ayat 56 – 57 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad! Kisah Idris di dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar dan seorang nabi. Kami telah mengangkat darjatnya ke tingkatan yang lebih tinggi.”
Dalam ayat tersebut, Nabi Idris a.s. dipuji oleh Allah s.w.t.. Beliau disebut Allah s.w.t. sebagai Nabi dan orang yang benar (as-siddiq). Sebagaimana disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau adalah penghulu kaumnya.
Ibnu Ishak mengatakan bahawa Nabi Idris a.s.adalah orang pertama yang boleh menulis menggunakan pena. Para ahli tafsir mengatakan bahawa Nabi Idris a.s. adalah moyang kepada Nabi Nuh a.s. dan telah menjalani kehidupan selama 380 tahun. Beliau adalah orang pertama yang menulis meggunakan pena dan memakai baju yang berjahit bahkan beliau adalah orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian.

Allah mengangkat darjat Nabi Idris a.s.
Terdapat firman Allah swt yang bermaksud, “Dan Kami mengangkat (darjat)nya ke tingkat yang lebih tinggi”. Penegasan ayat itu seperti dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda melakukan Isra’ dan Mikraj.  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berjumpa dengan Nabi Idris di kawasan langit ke-empat.

Suatu ketika, salah satu malaikat pilihan Allah datang kepada Nabi Idris dan beliau berkata: “Allah menyampaikan wahyu kepadaku begini dan begini”. Maka malaikat itu mengajaknya berbincang-bincang, sehingga amalnya bertambah. Beliau membawa Nabi Idris di antara kedua sayapnya lalu dibawa naik ke langit.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa ketika Nabi Idris berada di langit ke-empat, Nabi Idris berkata: “Tolonglah tanyakan kepada Malaikat Maut, berapa lama lagi baki usiaku?”
Malaikat bertanya, sementara Nabi Idris masih bersamanya: “Berapakah lama sisa usianya?”
Malaikat Maut menjawab: “ Aku tidak tahu. Cuba aku lihat dulu”.
Malaikat Maut memerhatikannya lalu berkata : “Engkau baru sahaja menanyakan sisa umur seseorang yang masanya tinggal sebentar sahaja lagi.”
Malaikat yang mengendong Idris melihat ke bahagian bawah sayapnya. Beliau cuba melihat Nabi Idris, ternyata pada ketika dilihat itu, Idris telah wafat tanpa diketahuinya. Bagaimanapun, menurut pengamatan Ibnu Kathir, riwayat itu termasuk kisah Israiliyat dan sebahagian daripadanya ditolak kebenarannya.

Ibnu Abi Najih mengatakan terdapat riwayat yang diterima dari Mujahid mengenai makna firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Kami angkat darjatnya ke tempat yang tinggi”. Dikatakan bahawa Idris a.s. diangkat ke langit dalam keadaan hidup seperti Nabi Isa a.s. yakni tidak dalam keadaan mati dan jika dikehendaki beliau tidak akan mati hingga sekarang tetapi masalah ini memerlukan pengkajian yang lebih terperinci.

Antara perintah dan saranan yang disampaikan Nabi Idris kepada kaumnya adalah:
1.       Apabila Allah menyeru kamu sekalian, maka niatlah dengan ikhlas, kerjakan puasa, solat dan segala yang diperintahkan ke atas kamu.
2.       Jangan ada perasaan dengki terhadap orang lain yang bernasib baik kerana sebenarnya harta yang mereka miliki itu hanya sedikit sahaja.
3.       Mengumpul harta secara berlebihan tidak memberi manfaat sama sekali terhadap diri seseorang.
4.       Kehidupan seseorang itu hendaklah mengandungi hikmah.

Najib, Anwar dan makna 16 September

Satu persaingan utama dalam politik negara kini ialah antara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de facto PKR dan Pakatan Rakyat.

Hari ini, 16 September, 2011, Najib merakam sejarah terkini tarikh yang mencetus debat panas sejak 2008 ini dengan menjadikan satu tindakannya berita terbesar yang dikait dengan tarikh ini.

Najib kini mengatasi Anwar dalam meletakkan makna pada tarikh 16 September, dengan menjadikannya tarikh yang dikaitkan dengan pemansuhan undang-undang keselamatan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, atau ISA.

Najib juga mengatasi Anwar dengan menjadi perdana menteri yang memansuhkan ISA, sesuatu yang dilihat menjadi impian Anwar dan gabungan parti Pakatan Rakyat.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini diraikan bersama satu tindakan berani Najib memansuhkan ISA yang menjadi bahan kempen pembangkang dan pelbagai kumpulan menyerang Umno dan Barisan Nasional.

Hari Malaysia yang kini menjadi satu tarikh yang diraikan tidak seperti sebelum ini juga tidak dapat dinafikan dicetuskan oleh Anwar, hasil daripada projek menawan Putrajaya pada 2008.

Tindakan itu mendorong pentadbiran Najib menjadikan tarikh 16 September sebagai tarikh yang dirakan di peringkat nasional, sebahagiannya juga untuk mengambil hati warga Sabah dan Sarawak yang menjadi peserta penting projek 16 September Anwar pada 2008.

Hari ini juga, ketika Najib menyambut Hari Malaysia di Semenanjung, PKR menumpukan tenaga kepada konvensyen PR di Sabah, negeri yang mempunyai signifikan tersendiri kepada projek 16 September Anwar dan kegiatan politiknya semasa dalam Umno lagi.

Pembangkang dan kumpulan bukan kerajaan anti-ISA walau bagaimanapun masih meneruskan kempen negatif terhadap pemerintah, menafikan kredit yang boleh diperolehi Najib.

Risiko yang diambil Najib dalam tindakannya ini bukan kecil, kerana mengundang rasa tidak puas hati kelompok lebih konservatif dalam Umno dan kumpulan bukan kerajaan yang menyokong kuat Umno.

Ini merupakan antara risiko utama yang perlu dihadapi Naji dalam usaha menyaingi imej liberal dan terbuka yang menjadi antara kekuatan utama Anwar dan pembangkang.

Tetapi, Najib dilihat berpotensi menarik sokongan kelas menengah yang menerima baik langkah itu, antara segmen masyarakat yang menjadi rebutan utama pemerintah dan pembangkang.

Pendekatan ini dijelaskan dalam pengajian politik sebagai teori pengundi median, iaitu kelompok pertengahan dalam spektrum antara ekstrem berhaluan kiri dengan ekstrem berhaluan kanan.

Menurut teori, strategi ini boleh memberi pulangan dengan bergerak ke tengah, menambahkan lagi sokongan dan mengambil penyokong pihak lawan.

Najib sebelum ini telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk kelihatan lebih liberal, tindakan yang berupaya membolehkan parti pemerintah merebut undi kelas menengah daripada PR.

Dalam pelbagai pendekatan sosial dan ekonomi, Najib sendiri telah memperlihatkan kecenderungan liberal dan neoliberal, sebagai usaha menyaingi apa yang menjadi kekuatan Anwar.

Pemansuhan ISA ini merupakan satu lagi tindakan Najib yang mencetuskan rasa tidak puas hati kelompok berhaluan kanan dalam Umno dan dalamm kalangan penyokong Umno.

Perkembangan persaingan ini semakin menarik untuk diperhatikan, dan melihat sejauh mana keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti terkesan oleh tindakan-tindakan tersebut.