Tuesday 17 January 2012

Pakatan Rakyat, undi Melayu dan Putrajaya


Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang dan calon perdana menteri Pakatan Rakyat muncul di konvensy

Dengan tema "Bersihkan Malaysia," pemimpin-pemimpin parti gabungan juga mengenakan baju putih - yang melambangkan kebersihan dan kesucian - satu penegasan misi menjatuhkan Barisan Nasional di peringkat pusat dengan segera untuk digantikan dengan parti-parti yang mendakwa lebih bersih.

Walau bagaimanapun, secara keceluruhan, konvensyen ketiga PR di Alor Setar hujung minggu lalu masih membawa isu-isu yang sama, tanpa penegasan terbaharu dan gambaran masalah bersama sedang diselesaikan.

Beberapa laporan dan komentar media liberal turut memberi perhatian terhadap isu ini, antaranya menyifatkan konvensyen kali ini sebagai hanya bunyi tanpa isi.

Apa yang diperkatakan dalam konvensyen kali ini amat menarik sekiranya muncul daripada konvensyen pertama atau kedua, tetapi selepas beberapa tahun PR wujud sebagai satu aliansi, mesej yang disampaikan semakin memenatkan.

Buku jingga yang dikemukakan pada konvensyen yang lalu semakin tercabar oleh tindakan-tindakan pemerintah, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

Istilah menarik perhatian seperti "Putrajaya" semakin hilang nilainya, selepas kegagalan projek 16 September dan realiti yang semakin menampakkan betapa sukarnya untuk mencapai matlamat itu, apatah lagi bersatu selepas itu untuk menubuhkan kerajaan pusat dan meneruskan perjalanan dari situ.

Ekoran pelbagai isu seperti video seks, perbicaraan Anwar dan pertelingkahan dalaman antara parti terutama di Selangor, kebolehlaksanaan PR sebagai calon pemerintah pusat semakin teruji, walaupun PR kini satu-satunya pencabar BN yang kredibel dan wujud sebagai satu pakatan.

Mesej yang dibawa sejak 2008 ialah PR lebih baik berbanding BN, yang dikemukakan dalam pelbagai variasi termasuk yang terbaharu, "Bersihkan Malaysia."

Isu Melayu yang menjadi kebimbangan berasas sesetengah pihak masih tidak ditangani dengan baik. Simbol lokasi konvensyen di Alor Setar, negeri Melayu ditandir PAS juga kelihatan tidak dapat pergi lebih jauh daripada itu.

Di Selangor, penentang PR memperolehi senjata baharu dengan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS, yang kemudian digugurkan daripada jawatan exco dan diganti segera sebelum tamat tempoh rayuan.

Dari sudut persepsi, Hasan kini dimunculkan sebagai mangsa ekoran perjuangannya menangani isu arak, maksiat dan penyebaran Kristian terhadap orang Muslim di Selangor.

Walaupun kalangan penyokong PAS mungkin sebahagian besarnya tidak melihat isu Hasan semudah itu, kesannya terhadap pengundi Melayu atas pagar tidak boleh diremehkan.

Akhbar Umno Utusan Malaysia juga meneruskan kempen negatif terhadap Anwar, terbaharu dengan menimbulkan isu sokongan beliau terhadap hak homoseksual.

Anwar dalam satu wawancara dengan agensi berita Associated Press mengatakan undang-undang berkenaan seks gay di negara ini sebagai telah ketinggalan zaman, pandangan yang sebelumnyadikemukakan oleh Human Rights Watch.

Selepas dibebaskan oleh mahkamah, Anwar mengulangi pendiriannya dalam satu wawancara dengan badan penyiaran Inggeris, BBC, yang menarik perhatian banyak pihak di negara ini.

Isu undi Melayu tidak dapat dielakkan oleh PR yang semakin mudah dikaitkan dengan dominasi parti dan agenda yang tidak mesra Melayu.

Setakat ini, belum muncul tanda-tanda jelas untuk menentang dan menjawab persepsi itu, yang kelihatan semakin berjaya dieksploit oleh musuh-musuh PR.

Kenapa Utusan 'blackout' gambar Najib?


Akhbar dikuasai Umno, Utusan Malaysia kelihatan telah mengalihkan tumpuan ekoran keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Selepas dua hari, yakni pada 11 dan 12 Januari gambar Najib tidak terbit di halaman dua dan tiga, gambar beliau kembali muncul pada 13 Januari dengan pengumuman program bantuan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Pada masa sama, gambar-gambar bersaiz besar Najib muncul di muka depan dan muka tiga dengan nilai yang positif.

Berita pada hari ini, 13 Januari, bersifat positif kepada Najib tanpa sebarang kaitan kepada kes Anwar.

Pada 9 dan 10 Januari, gambar perdana menteri diterbitkan bersama laporan lawatan ke Afrika Selatan untuk meraikan sambutan parti Kongres Nasional Afrika.

Pada 10 Januari, hari selepas keputusan yang menjadikan liputan Utusan Malaysia ditunggu-tunggu, laporan ulasan Najib tentang kes Anwar diletakkan di muka tiga tanpa gambar, dengan komentar yang ringkas dan memberi fokus pada nilai positif keputusan itu kepada integriti kehakiman di negara ini.

Ketiadaan gambar Najib di halaman tiga Utusan Malaysia selama dua hari berturut-turut boleh dikaitkan dengan reaksi ramai ahli dan penyokong parti pemerintah terhadap keputusan kes liwat Anwar.

Sama ada dirancang atau tidak, ketiadaan gambar Najib selama dua hari boleh mengelakkan kaitan dibuat antara keputusan kes Anwar dengan beliau, yang kukuh dalam persepsi sesetengah pihak termasuk penyokong kuat Umno.

Sekiranya tercetus kemarahan ramai ahli dan penyokong Umno terhadap Najib dalam kes ini, kesannya dapat diminimakan dengan tiadanya gambar Najib selama dua hari di halaman depan akhbar dikuasai Umno itu.

Kemunculan pada hari ini 13 Januari pula membawa satu berita yang tidak berkaitan dengan kes itu, malah memperlihatkan kes itu tidak relevan lagi kepada beliau yang kini memberi tumpuan kepada program pembangunan.

Pada masa sama, laporan muka depan pada 10 dan 11 Januari pula memberi fokus pada Anwar dan penyokongnya, dengan kedua-duanya bernilai negatif.

Tajuk pada 10 Januari memberi implikasi Anwar dilepaskan kerana kekurangan bukti atau tidak dapat didapati bersalah kerana hal teknikal, dan petikan kenyataan Anwar yang keputusan mempunyai kaitan tekanan luar terhadap Najib pula disertakan, kerana potensi kesan negatif kenyataan itu kepada Anwar sendiri.

Tuesday 10 January 2012

100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan kali ke-3

Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.

“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.

“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.

Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.

Umno bimbang trauma 1999 berulang kembali

 Trauma kerana kehilangan sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum 1999 mungkin menjadi tanda aras kes liwat II tidak menyebelahi pihak pendakwa.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hafiz Musa berkata, Umno/Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan sebahagian besar orang Melayu ketika itu.
“Jika situasi itu berlaku sekali lagi, rejim Umno/BN diyakini akan kehilangan undi majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.
“Seterusnya pemerintahan BN di Malaysia pasti akan berakhir,” katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan kes liwat II setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti menyakinkan.
Oleh itu kata Hafiz Pemuda PAS Kelantan melihat keputusan di luar jangka tersebut sebagai satu perkembangan amat baik terhadap institusi kehakiman negara kerana dibebaskan daripada kongkongan rejim Umno/BN.
Bahkan katanya pembebasan tersebut sewajarnya dilihat sebagai petanda di mana pengamal perundangan berjaya mengikis rasa takut terhadap rejim yang mentadbir negara sekarang.
Sedangkan menurutnya senario itu amat berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes liwat 1, di mana institusi kehakiman berada di bawah kongkongan rejim pemerintah.
“Kes tersebut membawa gelombang kebangkitan apabila Dato' Seri Anwar dipenjara mengikut telunjuk pemerintah ketika itu, walaupun pendakwa juga gagal membawa bukti mensabitkan beliau,” katanya.
Oleh itu Pemuda PAS Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dilepas daripada tuduhan liwat II.
Menurutnya ia dianggap sebagai tamat episod siri fitnah dan permainan politik kotor yang memalukan negara di mata dunia.
“Pembebasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atasnya selama ini hanyalah merupakan fitnah yang direka,” katanya.
Hafiz juga berkata, sudah tiba masanya semua pihak dalam Pakatan Rakyat memfokus gerak kerja menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selepas Anwar bebas, peluang Najib kukuh imej antarabangsa


Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat membuka lembaran baharu politik negara dan politik imej Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Anwar sendiri mendakwa pembebasannya berkait dengan tekanan antarabangsa ke atas pentadbiran Najib.

Menurut Anwar, seperti dilapor AFP, Najib dipercayai menerima "bisikan daripada pemimpin-pemimpin asing" berkaitan kes liwat Anwar, yang dilihat sebagai satu konspirasi politik.

Najib dijangka menghadapi kos politik yang tinggi sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan - walaupun pembebasannya juga memberi kesan negatif jangka pendek kepada pemerintah - yang sebahagiannya termasuk reaksi daripada negara dan pertubuhan bukan kerajaan Barat.

Satu agenda utama Najib berkaitan imej antarabangsanya ialah imej Muslim moderat yang cuba dibawa melalui Pergerakan Moderat Global, GMM yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

GMM yang menjadi instrumen baharu dasar luar pentadbiran Najib akan terjejas sekiranya Anwar didapati bersalah atas satu kesalahan yang dilihat bertentangan dengan pendirian moderat di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi oleh negara Barat.

Najib selama ini cuba menunjukkan sikap moderat dalam banyak hal melibatkan politik tempatan dan anatarabangsa, sehingga pernah mengaitkan sebuah kumpulan Islam di Mesir dengan terorisme.

Usaha terbaharu Najib ini, yang dipertingkatkan selepas imej beliau dipulihkan oleh pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat yang dikaitkan dengan konspirasi pemerintah, mampu mendapatkan sokongan yang diperlukan di medan antarabangsa.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan ringkas memuji keputusan mahkamah membebaskan Anwar, yang disifatkan "memberi gambaran positif kepada kebebasan kehakiman di Malaysia."

Anwar bebas, semangat BN terjejas


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya.

Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Anwar memperolehi kemenangan dalam hal melibatkan imejnya yang terjejas ekoran dakwaan liwat ini.

Penegasan Anwar kini bukan hanya disampaikan melalui retorik tetapi telah diputuskan oleh mahkamah.

Kepimpinan dan pengaruh Anwar dalam PR dan sebagai calon utama perdana menteri PR - yang dipersoalkan sesetengah pihak ekoran kemungkinan Anwar dipenjara - ditegaskan dan ditingkatkan lagi melalui keputusan ini.

Pihak musuh politik Anwar daripada Umno memperlihatkan kekecewaan dalam hal ini, yang kelihatan ditujukan kepada Najib sehingga ada yang menggambarkan beliau mencapai satu bentuk persetujuan dengan Anwar.

Walau bagaimanapun, parti pemerintah diketuai Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak juga dapat mengambil manfaat melalui penolakan persepsi parti pemerintah menguasai mahkamah.

Tetapi Anwar dalam satu kenyataan tetap menegaskan kebebasan mahkamah masih belum dapat diputuskan lagi, kerana masih ada proses yang boleh dijalankan.

Penyokong dan pemimpin PR rata-rata menjangka Anwar akan dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan bagi memenuhi kehendak pemerintah menyekat pemimpin pembangkang itu.

Keberadaan Najib di luar negara juga mendorong spekulasi senario buruk dibayangkan oleh pembangkang dan penyokong.

Episod baharu ini juga membolehkan BN memberi tumpuan kepada hal lain dan tidak menghabiskan banyak tenaga dalam menjatuhkan seorang individu dalam pembangkang.

Keputusan ini juga mengelak tekanan yang kuat daripada negara-negara dan pertubuhan Barat yang dijangka tercetus sekiranya Anwar didapati bersalah.

Human Rights Watch telahpun memberi respons positif terhadap pembebasan Anwar, dan menegaskan kes itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

DAP juga mendapat manfaat melalui peranan dimainkan oleh Karpal Singh yang mengetuai pembelaan Anwar.

Kelompok liberal di negara ini juga memperolehi manfaat dengan meningkatkan lagi usaha menuntut ruang lebih bebas, termasuk melibatkan penolakan undang-undang yang menolak amalan homoseksual.

Kumpulan Melayu dan Umno dijangka turut mengeksploit isu ini untuk terus menarik undi Melayu, terutama yang disifatkan di atas pagar, dengan mengemukakan isu-isu sensitif dibawa Anwar seperti kedudukan Melayu.

Isu melibatkan Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa dipecat kerana Anwar - yang sedikit tenggelam kerana tercetus sehari sebelum 9 Januari - juga bakal memberi kesan kepada PAS dan politik PR di Selangor dan melibatkan undi Melayu.

Hasan Ali dipecat, apa tindakan Umno?


Datuk Dr Hasan Ali, pemimpin kontroversi PAS dari Selangor akhirnya dipecat hari ini, akibat tindakan beliau yang didakwa membelakangi kepentingan parti.

Hasan yang terbabit dalam kontroversi dalaman ekoran penglibatannya dalam siasatan ke atas sebuah gereja yang didakwa memurtadkan orang Muslim mula dikritik ramai sejak episod itu.

Kemudian, Hasan kembali menjadi perhatian selepas PAS Selangor melalui Saari Sungib mengumumkan yang beliau ditolak oleh ahli dan mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Hasan kemudian muncul dalam media dikuasai Umno, TV3 dan Utusan Malaysia, membalas kritikan dan meningkatkan profil dirinya.

Tindakan Hasan itu mengaitkan lagi dirinya dengan parti pesaing kepada PAS itu. Hasan sejak 2008 dikaitkan dengan Umno dan didakwa berhasrat menyatukan PAS dan Umno, walaupun parti telah menunjukkan sikap bertentangan.

Dalam permainan persepsi, pemecatan Hasan boleh dimanfaatkan oleh Umno dalam usahanya memperlihatkan PAS sebagai tunduk kepada DAP dan PKR.

Hasan pernah bertembung dengan DAP dan PKR dalam isu pentadbiran negeri Selangor, dan terbaharu, menimbulkan kemarahan PKR apabila menyeru ahli PAS tidak menyertai perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Selepas kontroversi gereja, Hasan bergerak aktif dengan pertubuhan Himpun, yang tidak dipersetujui PAS dan mendapat sokongan Umno.

Umno dijangka mengemukakan hujah penglibatan Hasan dalam isu melibatkan umat Muslim terbabit, yang tidak direstui parti sekutu DAP dan PKR sebagai sebab beliau dipecat.

Sebelum ini, usaha mengganti Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah turut dikait dengan pengaruh DAP, yang sering tidak sehaluan dengan dasar dan tindakan kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan.

Isu ini dilihat mampu untuk mempengaruhi orang Melayu - terutama di Selangor - menjadi semakin kritikal dengan PAS yang didakwa oleh Umno menjadi tunggangan DAP dan PKR.

Walau bagaimanapun, dari satu sudut lain, kedudukan Hasan di luar parti mampu mengurangkan kesan negatif kritikannya terhadap PAS dan gabungan Pakatan Rakyat.

Bagaimana keputusan kes Anwar akan gugat Najib


Negara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.

Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.

Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.

Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.

Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.

Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.

Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.

Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.

Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.

Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.

Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.

Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.

Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.

Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.

Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.

Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.

Game changer?: Selebriti dan parti politik (Bhg 3/3)


3. Politik selebriti dan selebriti politik

Dua orang pelawak popular, Harun Salim Bachik dan Afdlin Shauki menyerahkan borang menyertai Umno hari ini.

Pasangan pelawak yang menduduki tempat kedua sebuah pertandingan lawak di televisyen Astro itu menjadi selebriti terbaharu menunjukkan sokongan kepada Umno selepas Lisa Surihani yang menerima anugerah daripada Pergerakan Puteri UmnoNovember lalu.

Kedua-dua pelawak menjadi selebriti terkini yang pernah terlibat dengan rancangan itu yang menyertai pentas politik.

Penyertaan dua orang pelawak terkenal itu meningkatkan lagi wajah popular parti pemerintah Umno, yang kini bersaing sengit dengan PAS dalam membariskan selebriti penyokong parti masing-masing.

Perkembangan terbaharu ini juga turut menghangatkan lagi politik selebriti dalam medan politik parti negara, dengan kedua-dua PAS dan Umno mempunyai barisan selebriti yang setara.

Penglibatan mereka kini menjadi tumpuan media dan bakal menjadi bahagian penting dalam liputan kempen pilihan raya akan datang.

Persaingan kedua-dua PAS dan Umno bermula dengan sengit terutama selepas penyertaan berprofil tinggi Bob Lokman dalam PAS, dan menjadi penggiat aktif bersama pemuda parti itu sehingga mencetuskan rasa kurang senang sesetengah penggiat industri budaya popular.

Kedua-dua pelawak dijangka aktif dalam kempen parti pemerintah itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Afdlin sebelum ini menunjukkan kecenderungan liberal melalui kegiatan seninya, dan turut mencetuskan kritikan sesetengah pihak ekoran penglibatannya dalam filem kontroversi Nasi Lemak 2.0.

Ekoran perkembangan yang relatif agak baharu ini, selebriti terbabit berpotensi dilihat dan dikaitkan dengan rapat dengan kecenderungan parti masing-masing, sehingga mungkin muncul sebagai selebriti yang jelas elemen politik mereka.

Identiti politik mereka mungkin menjadi satu identiti penting, atau identiti utama disebabkan kaitan dengan parti politik terbabit, seperti yang berlaku pada Bob Lokman yang kini muncul lebih sebagai selebriti PAS berbanding identiti lain.

Di sebelah Umno, pengarah Tan Sri Jins Shamsudin juga muncul sebagai selebriti yang sangat dikaitkan dengan parti yang disertai.

Kempen politik, sama ada secara langsung atau tidak langsung melibatkan penggiat budaya popular dan personaliti terkenal telah digerakkan, terbaharu melibatkan pelawak Zizan yang digandingkan dengan penceramah Ustaz Azhar Idrus dalam satu program menjelang tahun baharu 2012 di Shah Alam, Selangor, anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Agamawan popular itu menerima anugerah daripada Pemuda PAS dalam muktamar tahunan parti itu tahun lalu.

Zizan sebelum ini terlibat dalam kontroversi yang tercetus akibat dialognya dalam filem Hantu Bonceng, kontroversi yang kemudian menemukannya dengan pemimpin Pemuda PAS.

Perkembangan ini semakin memberi gambaran kemeriahan kempen pilihan raya akan datang, yang bakal menyediakan ruang yang jauh lebih besar kepada elemen budaya popular, sehingga mempunyai potensi untuk menenggelamkan isu-isu yang kompleks dan menjadikan persaingan imej popular sebagai faktor yang lebih utama.

Tuesday 3 January 2012

Anwar mulakan siri jelajah di Johor malam ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan siri jelajahnya ke beberapa negeri di semenanjung, bermula di Johor malam ini, .

Siri jelajah itu dirangka bagi memberi peluang setiap lapisan rakyat memperoleh maklumat sebenar mengenai kes Fitnah II, menjelang keputusan perbicaraan itu pada 9 Januari.

Selain menangkis fitnah yang dilakukan Umno, ketua pembangkang itu juga dijangkan mengupas isu-isu terkini serta perkembangan politik tanah air.

Beliau akan berucap di Serom 3, Ledang, Muar kira-kira jam 9.00 malam, dan Parit Samsu, Jalan Temenggong Ahmad, Muar kira-kira jam 11 malam.

Manakala esok, Anwar akan berucap di perkarangan Pejabat KEADILAN, Jalan Rahang, Negeri Sembilan jam 9 Malam sebelum beredar untuk sesi ceramah yang seterusnya di Taman Sin Hoe, Bukit Katil, Melaka jam 11 malam.

Pada hari Khamis pula, Anwar akan berada di dua lokasi di Kelantan iaitu di Pondok Padang Kala, Melor, Ketereh pada jam 7 malam dan Padang Majlis Daerah Macang, jam 10 malam.

Manakala keesokannya Anwar akan kembali semula ke Lembah Kelang dengan mengadakan ceramah di Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, Petaling Jaya jam 9 malam dan Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Kelana Jaya jam 11 malam.

Pada hari sabtu pula, ketua pembangkang itu akan berada di tiga buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Pahang dan terengganu.

Beliau akan berucap di Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang, Permatang Pauh jam 9 pagi sebelum bertolak ke Markas Pas, kampung Balok, Kuantan jam 3.30 petang.

Pada sebelah malam pula, Anwar akan berada di Hulu Terengganu iaitu di Pejabat KEADILAN Kuala Terengganu, Gong Kapas pada jam 9 malam dan Kampong Gaung, Kuala Berang jam 9 malam.

Pada hari Ahad, beliau akan berucap di kediamannya di Bukit Segambut, jam 7 petang, sebelum ke Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru jam 9 malam. Beliau akan meneruskan pidato terakhirnya di dewan orang Ramai Kampung pandan, jam 11 malam.

Demontrasi Mahasiswa dan Sikap Fundamentalis Pemerintah?

Pembuka tirai 2012 ditandai dengan isu panas dengan demontrasi mahasiswa di depan Universiti Perguruan Sultan idris (UPSI).
Dalam satu kenyataan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI pada pagi tahun baru.


Perhimpunan secara aman diadakan untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa.
Apa yang berlaku sekarang ialah kerana kegagalan pemerintah dalam menciptakan sebuah “ruang dialog” bermakna dan telah menutup rapat “pintu komunikasi” di antara mahasiswa dan pemerintah sehingga amarah menjadi model psikologi dalam penyelesaian setiap masalah dan kekerasan menjadi strategi politik dalam mencapai setiap tujuan.

Dalam konteks proses demokratisasi yang sedang berlangsung, apabila setiap diri dikuasai oleh nafsu amarah sehingga timbul politik kekerasan yang menunjukkan ketidakmampuan pemerintah membangun “ruang awam” demokratis, tempat pelbagai persoalan mahasiswa dibicarakan, diperbincangkan, didiskusi dan diperdebatkan secara terbuka, jujur, adil dan kreatif.
Kesedaran politik ini kelihatan melonjak lebih-lebih lagi setelah Mahkamah Persekutuan membuat hukuman baru-baru ini bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (yang gubalkan pada tahun 1971) - yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam politik kepartian - telah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara.
Keadaan ini diperburukkan lagi dengan kelulusan Parlimen tergesa-gesa baru-baru ini terhadap Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Act) yang sebenarnya mengekangkan lagi ruang berkumpul dan bersuara mungkin juga menjadi satu faktor atau isu tambahan yang membuat sebilangan pelajar berasa terpanggil untuk menyahut seruan kepimpinan pelajar untuk turut memperjuangkan hak-hak asasi pelajar dan orang ramai.
Ketidakmampuan pemerintah membangun sebuah “tindakan komunikatif” bersama menyebabkan pintu komunikasi tertutup rapat dan saluran penyampaian mesej tersumbat yang membawa manusia berbicara dengan dirinya dalam apa yang disebut sebagai `politics of monologism’.
Oleh itu akhirnya ruang kehidupan dibangun untuk pengisian ruang, kotak dan terdirinya pagar-pagar “eksklusifme” yang di dalamnya setiap kelompok (sosial, ekonomi, politik, keagamaan) merayakan ruang-ruang eksklusif sebagai tempat mereka membangun rasa aman dan nyaman secara eksistensial tetapi dengan cara menutup diri dari bahkan meniadakan pihak-pihak lain (mereka yang lain seperti mahasiswa yang kritikal terhadap AUKU atau dasar pemerintah).

Demontrasi siswa ini harus dilihat dalam konteks yang luas lagi, menjadi sebahagian daripada gelombang rakyat yang membantah ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah justeru menginginkan hak asasi manusia mereka, serta perubahan dan reformasi sosial. Ini secara paradoks menciptakan sebuah ruang kehidupan berbangsa dan bernegara yang dibangun oleh prinsip “fundamentalisme” – the politics of fundamentalism”. Oleh itu dengan cara ini kita dapat melihat demokrasi akan dibangun secara dalaman oleh komponen-komponen bangsa dan elit politik melalui hasrat kelompok dan parti pemerintah (collective desire) yang menggelora tidak terbendung – disebabkan oleh kegagalan mereka membangun ruang awam – sehingga memuncak pula rasa fundamentalisme politik, keagamaan, ekonomi, bangsa, kaum mahupun kebudayaan. Apa yang akan dibangunkan ialah eksklusivisme di atas dasar asas esensialisme atau kepentingan sempit yang anti-dialog, anti-perubahan dan anti kepada perundingan sehingga menciptakan pandangan buruk terhadap pihak luar yang memberikan tekanan. Inilah yang berlaku kepada munculnya demontrasi Bersih dan mahasiswa sekarang. Eksklusivisme merupakan sebuah cara untuk menciptakan semacam sebuah tempat atau ruang yang di dalamnya setiap orang merasa mendapatkan rasa aman secara eksistensial, khususnya dari ancaman dominansi, ketidakadilan, kesenangan dan tekanan pihak luar dengan mengembangkan perlindungan diri secara berlebihan—hyperprotection. Ini juga membawa kepada tindakan pihak keselamatan secara kekerasan walaupun demontrasi aman mahasiswa. Apalah sangat sesnjata yang ada kepada mahasiswa itu? 

Esensialisme menurut pakar semiotika Indonesia Yasraf Amir Piliang sebagai sebuah kecenderungan pemisahan kelompok-kelompok manusia berdasarkan genealogi budaya dan sifat biologisnya—merupakan salah satu asas kepada perlindungan hiper (perlindungan berlebihan atau melampau) tersebut, yang melaluinya rasa ketidakamanan ontologis, krisis identiti dan budaya yang meruncing, ketidakadilan negara menyebabkan orang menoleh pada akar-akar budaya dan keyakinannya yang dianggap dapat memberikan rasa aman itu. Esensialisme yang berkembang ke arah ekstrem menggiring kepada fundamentalisme dalam pengertian yang luas. Jurgen Habermas di dalam The Inclusion of the Others (1999) menjelaskan "fundamentalisme" sebagai gerakan dalam membangun dunia kehidupan ultrastabil (ultrastability) dengan cara mengekalkan pelbagai cara, keyakinan, dan nilai-nilai fundamental dengan merayakan praktik-praktik intoleransi (terhadap isu-isu tekanan atau hak asasi), eksklusivisme (hanya golongan tertentu yang mendapat hak) dan esensialisme (mengutamakan kepentingan golongan tertentu). Dalam hal ini, fundamentalisme tidak hanya terjadi di negara-negara mundur atau miskin atau di "Timur Tengah", tetapi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS). Fundamentalisme bukan sahaja dikaitkan dengan agama tetapi terdapat pelbagai fundamentalisme seperti fundamentalisme politik, ekonomi, perkauman dan kebudayaan. Contohnya fundamentalisme ekonomi ultrakapitalis" seperti "persaingan di pasaran bebas" akan berhadapan dengan "fundamentalisme kepentingan bangsa seperti ultra-nasionalis", yang berakhir dengan konflik dan kekerasan bahkan boleh membawa kepada kematian . Fundamentalisme keagamaan ultradogmatis" akan bertembung dengan "fundamentalisme budaya ultraliberal" yang mencetuskan konflik dan ketegangan dalam pelbagai persoalan sosial-kebudayaan. Kelompok fundamentalis yang berhadapan secara bersemuka dengan kelompok-kelompok fundamentalis lainnya akan melahirkan kelompok-kelompok "eksklusiviti" (politik, sosial, ekonomi, budaya) dalam demokrasi, yang terdiri dari mereka yang anti-penyesuaian, perubahan, dan transformasi; yang tidak mahu berdialog, bekerja sama, bersekutu atau berunding dengan pihak-pihak lain (seperti parti politik, agama, kaum, kelompok mahu pun kumpulan mahasiswa), dengan membangun sikap "permusuhan" terhadap yang lain atau— to demonized others. Oleh itu proses demokratisasi yang tidak didukungi oleh asas budaya toleransi, keterbukaan dan dialogisme telah mengubah watak demokrasi dari sebuah ruang komunikatif yang menjadi wadah di mana pelbagai persoalan bangsa diperdebatkan secara terbuka, adil, dan bertanggung jawab, ke arah "ruang fundamentalis", tempat segala persoalan bangsa diselesaikan melalui gejolak amarah dan strategi kekerasan.

Oleh terciptalah apa yang dijelaskan Yasraf sebagai demokrasi fundamentalis—the fundamentalist democracy.
Agak pelik mengaitkan fundamentalisme dengan demokrasi, sebuah sistem politik yang membawa keterbukaan atau pemilihan melalui pengundian dalam proses pilihan raya dan seumpamanya. Tentunya ia adalah sebuah paradoks.
Ini kerana fundamentalisme bertentangan dengan prinsip demokrasi itu sendiri. Akan tetapi, kegagalan pemerintah yang mengamalkan demokrasi dalam membangun ruang publik, ruang dialog atau ruang komunikasi yang terbuka bebas tetapi bertanggung jawab menjadi penyebab utama kepada tercetusnya "demokrasi fundamentalis" itu.
Dengan perkataan lain, demokrasi telah gagal membangun sebuah masyarakat multikultural disebabkan kegagalan dalam menegakkan prinsip "demokrasi multikultural" (multicultural democracy) itu sendiri, yang diperlihatkan oleh ketidakmampuan membangun ruang dialog, toleransi, dan komunikasi yang cerdas dan produktif di antara berbagai kelompok majoriti dan minoriti sehingga di satu pihak kekuatan didominasi kelompok politik tertentu; di pihak lain, cara-cara seperti demontrasi masih menjadi satu-satunya senjata kelompok-kelompok minoriti dalam perjuangan haknya.
Kegagalan demokratisasi juga tampak jelas pada tingkat normatif. Dalam wacana pembangunan landasan normatif-perundangan, yang mengatur pelbagai ruang kehidupan (sosial, politik, ekonomi, budaya), ketimbang mampu membangun iklim komunikasi yang bebas, terbuka, tetapi bertanggung jawab, tetapi apa yang dominan ialah iklim "pertengkaran" (dispute) tidak sihat, tidak konstruktif, dan kreatif.

Inilah juga yang menjadi ruang utama media pro pemerintah, mengutamakan pemberitaan, visual dan penentapan agenda yang manipulatif, distortif dan penuh permusuhan di sebelah pihak.
Setiap pihak secara keras kepala mempertahankan prinsip fundamentalnya yang hampa toleransi. Golongan fundamentalis apabila berhadapan dengan fundamentalis lainnya akan membawa kepada situasi "ketidakmungkinan hidup bersama di bawah satu pengaturan" (incommensurability), dalam pengertian pengaturan formal sesebuah kelompok— ia akan dipertahankan dengan begitu keras tetapi dapat toleran apabila kumpulan mahasiswa pro-pemerintah mengadakan demontrasi.

Satu-satunya jalan keluar dari "ketidakmungkinan pengaturan bersama" ini adalah menumbulkan kesedaran dan keterbukaan terhadap prinsip kepelbagaian yang transformatif.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah "keamanan eksistensial" yang diinginkan setiap kelompok sosial, politik, ekonomi, budaya mahukan mahasiswa yang hanya dapat dibangun apabila dalam menghidupkan rasa aman itu "keamanan eksistensial" di mana pihak lain juga dihormati dan diberi tempat melalui sebuah prinsip toleransi, rasa kebersamaan, dan keadilan (justice) sehingga rasa aman eksistensial itu menjadi "rasa aman bersama" dalam sebuah `multicultural democracy’ atau juga demokrasi kebajikan.

Insiden Mahasiswa Dibelasah Polis : Mengapa Harussani Membisu?

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin masing-masing telah memberi reaksi ke atas insiden polis membelasah membuta tuli sekumpulan mahasiswa di pintu UPSI Tanjung Malim, Perak .

Asri menulis surat terbuka memberi pesan dan peringatan kepada polis. Menjelaskan tugas dan apakah sikap yang perlu polis negara ini amalkan. Asri juga menyebut tugas polis sebenarnya dan pasukan


itu adalah satu pasukan terpuji. Justeru gulungnya harapan atau impian itu perlulah dipertahankan dengan bersikap lunak dalam tugas dan tanggungjawabnya.

Katanya menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan, mencegah kemungkaran.

Dr Juanda pula mengeaksan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan orang awam.

Katanya sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk. Juanda barang kali nampak tindakan polis (FRU) di dalam kejadian itu diluar pertimbangan anggota pasukan keselamatan.
Beliau juga mencadangkan untuk mengelak insiden sampai tumpah darah ke bumi itu sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding.
Saya puji atas kepekaan Juanda dan Asri dalam memberi reaksi. Seharusnya orang berilmu bangun segera memberi nasihat dan pedoman kepada mereka yang jahil mengenai hak dan kepentingan awam dalam konteks Islam. Para ulmak yang dilihat manusia soleh seharusnya bercakap dalam hal seperti itu dan bukan saja bercakap fasal anak bulan dan nilai zakat setiap tahun.
Tetapi saya merasa anih sedikit di mana Mufti Perak Harussani Zakaria. Biasanya beliau akan ikut memberi ulasan, pandangan dan nasihat bila terjadi sesuatu. Bila timbul isu Umno hendak berbaik dengan Pas beliau akan cepat-cepat iktidal memberi pandangan. Begitu juga bila Pas enggan bersama Umno beliau cepat-cepat memberi salam dan terus mengkritik Pas.
Katanya dia sanggup bekereta tengah malam dalam hujan pergi berjumpa Nik Aziz untuk mengajak Pas bersama Umno?
Tindakan Harusani selama ini seolah dia seorang ulamak yang celik dan peka. Dalam perihal Melayu beliau akan ke depan dan menyokong mana-mana NGO yang obses kepada Melayu. Harussani tidak peduli atau meneliti latar belakang NGO itu asal Melayu beliau akan puji. Akan keluarlah wajahnya di tv memberi pandangan dan sokongan.
Tetapi berlainan dalam kes mahasisiwa di belasah kali ini. Harussani diam membisu seolah merasakan kejadian itu tidak termasuk dalam kitab tegurannya. Apakah beliau masih belum selesai mendirikan solat tahjud atau solat Subuh. Atau beliau tidak ada dalam negeri. Kejadian di Perak di mana negeri yang dibawah takluki ilmu Harussani.

Saya tidak kira Harussani tidak mengetahui akan kejadian itu. Beliau mungkin sedang mendapat maklumat dari polis. Sebagai mufti beliau kena berhati-hati dan kena siasat dulu sebelum membuat teguran. Itu sifat ulamak. Sekiranya tindakan mahasiswa itu menentang pemerintah beliau terus akan diam.

Kita tunggu apa kata Harussani terhadap kejadian itu. Kita tunggu apakah fatwa beliau mengenai kejadian itu. Kita boleh kenal apakah dia Mufti untuk semua atau Mufti untuk satu puak sahaja. Adalah malang kalau tiba-tiba beliau mengeluarkan fatwa tindakan mahasiswa itu sebagai boleh disifatkan penderhaka kepada pemerintah.

Parti Tajaan British Terus Berkuasa!!!

Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC adalah parti politik yang diilhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMk6Gw6NY87W-vIO208ag2yItfXhhZgH-Al62zaiAJlJus86W1DVB6pdie1LfDg3ViPTnPmJTPIS6sNIsmgEmuAkpGIYx2X0mTbV1_kPZzLAz6Xqk_yVeBu96V3ooU93gXgzg7-VAZ6lqM/s1600/No+BN+No+Prob+1.gifham kerajaan penjajah Inggeris. Parti-parti itu ditubuhkan berasaskan kaum. UMNO untuk kaum Melayu, MCA untuk kaum Tionghua dan MIC kaum India.

Di Britian parti politik berasakan falsafah perjuangan. Sebagai contoh Labor Party, Conservative Party dan Liberal Democrat.



i

Pertubuhan itu akhirnya menjadi gerakan bawah tanah yang dikenali sebagai Irish Republican Army (IRA).

Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan di Asia dan Afrika. Britian pada mulanya hanya bercadang memberi taraf kerajaan sendiri bukan kemerdekaan penuh kepada Malaya.

Atas alasan itu pegawai-pegawai British mencadangkan parti-parti politik yang berasaskan kaum dengan harapan Britian boleh terus berkuasa dan boleh mengawal parti-parti politik itu selaras dengan dasar ‘divide and rule’.

Parti-parti politik yang benar-benar menuntut kemerdekaan seperti KMM diharamkan. Begitu juga gerakan kemerdekaan lain akan dipatahkan dan menangkap pemimpin-pemimpinnya.

Sebaliknya pemimpin UMNO, MCA dan MIC dilayan dengan baik dan istimewa daripada pemerintah penjajah Inggeris.

Layanan istimewa yang diberikan British itu mendorong majlis professor membuat rumusan negara kita tidak pernah dijajah tetapi hanya dilindungi Britian.

Pada hari ini, rakyat Malaysia hanya dapat membuat perbandingan antara pemerintahan penjajah British dan kerajaan yang diterajui parti-parti politik tajaan British!

Politik Malaysia 2012

Adakah kita akan menyaksikan peurbahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCi8QZpXCFvefWxhO3HT8quEJg3l7gYYAL6Fw246XtbIrfxAa5iW4W5d-h_4zwd73LWjYkjm1mjPFbmHdYsRMZM920Pe_qMlqWhi7NEQNlZy8b3rCWn-JZZTcnASLQegy0rifCORFdFOpm/s400/BN1a.jpgg?PRU ke-12 pada 2008 telah menghasilkan keputusan yang mengejutkan untuk Barisan Nasional. BN memperolehi 49 peratus undi popular di Semenanjung manakala pembangkang mendapat 51 peratus.

Secara keseluruhannya, apabila dicampur dengan undi di Sabah dan Sarawak, jumlahnya bertukar kepada BN mendapat 51 peratus manakala pembangkang 49 peratus. 



Dari segi kedudukan kerusi, pada 8 Mac 2008, BN memperolehi 85 kerusi di Semenanjung manakala pembangkang 80 kerusi.
Pembangkang hanya mendapat satu kerusi (Bandar Kuching) daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan satu (Kota Kinabalu) daripada 25 kerusi di Sabah. Di Semenanjung, pembangkang menang satu (Bakri) daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dan dua (Kuantan dan Indera Mahkota) daripada 13 kerusi Parlimen di Pahang.
Empat negeri “simpanan undi tetap” BN ini mempunyai sejumlah 95 kerusi Parlimen. Perubahan akan hanya berlaku jika Pakatan Rakyat menang satu pertiga daripada kesemua jumlah kerusi di Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.
Selain isu-isu ekonomi seperti inflasi dan kemerosotan nilai pendapatan keluarga, PRU ke-13 akan datang juga akan berkait rapat dengan faktor-faktor berikut:
  1. Undi Melayu yang sensitif kepada isu-isu korupsi, salah guna kuasa dan taktik membuli lawan politik (seperti kes Anwar Ibrahim, Adam Adli dan lain-lain).
  2. Sekurang-kurangnya dua “bank undi” tradisi UMNO – Felda dan perkhidmatan awam – sedang dalam krisis kerana pilihan dasar-dasar yang mencurigakan (seperti penyenaraian Felda FGV dan sistem saraan baru perkhidmatan awam).
  3. Sokongan kaum India kepada BN tidak sekukuh yang disangkakan sebelum ini. Ada perbezaan di kalangan kaum India seperti kedudukan geografi Utara-Selatan (Pakatan Rakyat tidak begitu kuat di selatan Semenanjung), bandar-estet (akses untuk maklumat alternatif agak terhad untuk penduduk estet), kelas menengah-golongan miskin (golongan miskin lebih menyokong BN, walau apa pun sebabnya).
  4. Sokongan kaum Cina kepada BN yang terhakis pada 2008 semakin merosot, khususnya kerana tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia.
  5. Dalam keghairahan Perkasa dan Utusan untuk membangkitkan semangat ketuanan Melayu, ia telah menimbulkan kemarahan “pengundi simpanan tetap” BN di Sabah dan Sarawak – kaum Bumiputra bukan Islam yang merasakan diri terpinggir.
  6. UMNO Sabah sebagai penentu perubahan politik. UMNO hanya menang 79 daripada 112 kerusi Parlimen yang ditandinginya dalam PRU 2008. Daripada jumlah itu, 13 kerusi hasil kemenangan UMNO Sabah dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi, UMNO hanya menang 65 kerusi Parlimen di Semenanjung.
  7. Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud sebagai penentu perubahan politik. Najib Razak dikatakan tidak suka kepada Taib. Jika Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa sebelum PRU akan datang, Taib yang menang 14 kerusi Parlimen melalui partinya Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dalam PRU lalu dijangka terus mengekalkan kemenangan. Jadi Taib dapat menentukan imbangan politik selepas PRU ke-13.
Biarlah dijelaskan di sini bahawa BN dengan segala kuasa yang ada mempunyai kelebihan sebagai penyandang. Lagi pun, pilihan raya di Malaysia tidak pernah diadakan secara bersih dan adil.
Hampir semua pihak dalam BN percaya bahawa pentadbiran Najib yang kaya dengan singkatan nama pelbagai program dan projek telah berjaya memulihkan diri daripada malang tahun 2008. Sesetengah pihak dalam BN yakin kerana kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu. Ada pula menganggap Najib sebagai Perdana Menteri yang hebat kerana tidak pernah tertidur sewaktu mesyuarat.
Namun, usia pemerintahan yang lama menjadi faktor negatif kepada BN. Selain negara-negara tidak demokratik seperti regim komunis di China, Vietnam dan Korea Utara, BN (dan Perikatan yang diwarisinya) adalah kerajaan yang paling lama memerintah di dunia.

Momentum revolusi politik global

KEBANGKITAN rakyat, protes, revolusi menjadi buzzwords sepanjang setahun lalu, apabilhttp://gbgerakbudaya.com/bookshop/images/books/9789833172382.jpga dunia menyaksikan rakyat di seluruh dunia, dari Eropah ke Afrika Utara hingga ke Asia Tenggara bangkit memprotes dan menuntut hak demokratik mereka sebagai rakyat.
Tiga diktator, Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali, Presiden Mesir Hosni Mubarak dan pemimpin Libya Kolonel Muammar Gaddafi, tumbang akibat kemarahan rakyat, manakala ramai lagi menunggu dalam ketakutan akan nasib mereka berhadapan kuasa rakyat.


Domino-domino yang tumbang di rantau Afrika Utara dan Asia Barat mencetus satu trend global baru yang sedang dan akan terus memberi kesan kepada kerajaan-kerajaan seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia.
Tulisan dalam buku Revolusi Global: Dunia Dalam Era Kebangkitan Rakyat oleh Haris Zalkapli terbitan Harakah mempersembahkan bagaimana jumlah generasi muda yang semakin meningkat, terutama di Afrika Utara dan Asia Barat, dan semakin ramai yang menerima pendidikan tinggi peringkat universiti sehingga membolehkan generasi muda ini mempunyai kesedaran terhadap politik dan perkembangan di sekeliling mereka.
Generasi muda sememangnya sentiasa mendepani perubahan. Inilah yang kita di Malaysia ini juga harapkan, untuk melihat perubahan yang bermakna terlaksana.
Ini sangat relevan dengan apa yang kita di Malaysia ini saksikan sejak lama dulu, dan juga sejak kebelakangan ini apabila gerakan mahasiswa semakin berani dan lantang menyuarakan pandangan politik mereka.
Kita dapat perhatikan bagaimana mahasiswa kini bangkit menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tanpa menghiraukan tekanan pihak yang sudah selesa dengan kuasa dan tidak mahu golongan muda yang kritis, cergas dan responsif itu bebas daripada belenggu peraturan yang tidak adil.
Golongan muda juga terlibat dalam lapangan politik dalam keadaan prasarana seperti teknologi maklumat telah tersedia untuk mereka gunakan. Seperti kata seorang bekas penasihat kerajaan Amerika Syarikat, Zbigniew Brzezinski yang dipetik dalam Revolusi Global, sepanjang sejarah, warga dunia kini berada dalam keadaan paling sedar politik dan interaktif, sedia memberi respons kepada perkembangan politik yang menyentuh mereka.
Malaysia di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyaksikan gelombang rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Jelas dapat kita perhatikan kebimbangan dan keresahan kerajaan Barisan Nasional menghadapi gelombang kebangkitan rakyat itu, hingga berlaku tindakantindakan yang tidak rasional dan keras terhadap rakyat yang memprotes.

Kebimbangan keterlaluan kerajaan BN itu jelas sekali tidak berasas, kerana Pakatan Rakyat telah menegaskan proses pilihan raya sebagai pilihan. Protes yang diadakan bukan sama sekali bertujuan menjadikan suasana di negara kita seperti protes di dunia Arab.
Inilah yang disebut oleh seorang sarjana sebagai “globalisasi protes”, yakni keadaan protes menjadi perkara biasa dan sebahagian proses politik, dalam menuntut hak dan juga melawan korupsi dan kezaliman rejim.
Maka akibatnya, pemerintah tidak boleh lagi bersikap senang lenang dan menganggap kedudukan mereka sebagai pemerintah itu satu anugerah dan privilege. Landskap baru politik dunia hari ini menyaksikan mana-mana kerajaan tidak terlepas daripada trend global yang tercetus di dunia Arab sejak setahun lalu di Tunisia.
Seperti disebut dalam buku Revolusi Global, realiti ekonomi dunia, dengan harga pelbagai bahan makanan yang terus meningkat menjadi satu faktor penting dalam mencetus respons rakyat terhadap para pemerintah.
Atas sebab inilah, kita dapat lihat kerajaan BN berusaha memberi pelbagai habuan dan janji yang diberikan nama bantuan untuk rakyat, yang tidak dapat tidak terkait dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka beberapa bulan lagi.

Ini jelas sekali menampakkan kebimbangan kerajaan BN pimpinan Najib. Masa bantuanbantuan ini diberikan memberi gambaran kebimbangan BN dan usaha mereka menarik kembali sokongan dengan memberi bantuan.
Diktator-diktator telah tumbang di dunia Arab. Lebih dekat dengan kita, perubahan politik dan pentadbiran juga berlaku Myanmar, negara yang sangat ketat kawalan kerajaan tentera terhadap politik sejak lama dulu.
Di negara jiran kita Singapura, rakyat turut bangkit, sehingga pemerintahan PAP yang seusia BN di negara kita dan tidak mendapat saingan pembangkang selama ini juga menyaksikan pembangkang yang semakin kuat dan mendapat sokongan.
Hakikatnya, dunia politik kini sudah berubah. Protes dan perubahan kerajaan, walau sekuat mana pun kerajaan itu, bukan lagi sesuatu yang sukar atau mustahil. Rakyat semakin menyedari kuasa yang mereka miliki.
Revolusi Global ini memberi satu gambaran besar tentang trend semasa seluruh dunia ini, yang tidak mengecualikan manamana kerajaan pun. Terutama yang telah puluhan tahun memerintah negara!

PAS dan PRU 13: Satu gagasan bagi mencapai kemenangan



Dalam keterujaan ahli PAS menghadapi muktamar ke-57 yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun 2011 yang lalu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang awal-awal lagi mengingatkan para perwakilan peranan penting mereka iaitu di samping memilih saf kepimpinan baharu yang mantap, mereka juga diseru agar memberiperhatian yang serius berkaitan merencana strategi yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang hampir tiba.
Berlatarbelakangkan situasi ini, tulisan ini akan mengemukakan beberapa gagasan umum berkaitan dengan pilihan raya yang seharusnya menjadi pegangan dan panduan kepada para petugas PAS. Dengan adanya gagasan umum ini ia dapat meluruskan sikap petugas PAS dalam pilihan raya iaitu pertama melihat kerja-kerja pilihan raya sebagai satu amal saleh dalam usaha kita mencari keredaan Allah.
Sekiranya pandangan ini benar-benar dapat ditasdiqkan dalam hati dan dibuktikan dalam perbuatan berlandaskan keikhlasan pada Allah, kita telah pun memperoleh kemenangan di pusingan pertama. Seterusnya, sekiranya Allah mengizinkan kita memenangi kerusi (parlimen atau Dewan Undangan Negeri) maka kita telah meraih kemenangan berganda.
Gagasan umum yang akan dikemukakan sudah semestinya bersumberkan al-Quran, kitab rujukan terpenting umat Islam.

Al-Quran dan Pilihan Raya
Al-Quran yang datangnya dari Allah merupakan petunjuk untuk memandu manusia dalam kepelbagaian aktiviti kehidupannya, termasuk berpartisipasi dalam proses pilihan raya. Bagi memenuhi perbincangan ringkas ini, paling tidak terdapat empat ayat al-Quran yang boleh dikaitkan dengan pilihan raya. Ayat pertama adalah dari Surah al-Baqarah ayat 251 apabila Allah Berfirman (mafhumnya): “ ...seandainya Allah tidak menolak (kezaliman) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini... .” Mafhum ini merupakan kesimpulan dari ayat yang lebih panjang yang menceritakan tentang kemenangan Nabi Allah Daud menentang Jalut yang zalim.
Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan keadilan Allah. Ini janji Allah. Rujukan al-Quran kepada "sebahagian manusia" dalam ayat di atas boleh juga merujuk kepada "sebuah parti politik" dalam sistem demokrasi; dan penolakan (atau persaingan) adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia, termasuklah persaingan semasa pilihan raya.
Ayat kedua merujuk kepada Surah al-Maidah ayat 35. Dalam ayat ini Allah Berfirman, mafhumnya “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan dirimu kepada Allah; dan berjihadlah kamu di atas jalanNya; dan dengan itu kamu akan memperolehi kemenangan.” Ayat ini seperti ayat-ayat lain dalam al-Quran, bersifat "berantai" dan "dua hala" yang memperlihatkan dinamisme ajaran Islam itu sendiri. Ayat ini memberitahu kita bahawa sifat orang beriman ialah bertaqwa kepada Allah. Sifat taqwa ini dapat direalisasikan secara praktikal dengan mencari jalan yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah.
Jalan atau wasilah atau platform dan sebagainya boleh merujuk kepada "parti politik" yang berlandaskan perjuangannya kepada Islam. Sesudah berada di atas landasan gerakan Islam seperti PAS, maka ahli-ahlinya (terdiri dari mereka yang beriman) hendaklah bekerja untuk parti secara aktif (berjihad di jalan Allah); dan dengan cara ini perjuangan PAS (seperti dalam pilihan raya) akan diberi kemenangan oleh Allah.
Ayat ini juga memberitahu kita bahawa berada dalam jamaah Islamiyah seperti PAS dan berjihad bersamanya merupakan syarat kepada kesempurnaan iman itu sendiri. Akhirnya, ayat ketiga adalah dari Surah as-Saff, ayat empat. Ayat ini adalah ayat yang popular yang selalu dirujuk oleh petugas-petugas PAS. Dalam ayat ini Allah berfirman mafhumnya: “Allah amat kasih kepada mereka yang berjuang di atas jalanNya dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.” 

Ayat ini merujuk kepada pentingnya jentera peperangan (pilihan raya) disusun secara rapi, seperti rapinya sebuah bangunan. Sebuah bangunan rumah perlu ada pintu, jendela, tangga, bilik tidur, dapur dan sebagainya. Ini seumpama merujuk kepada jentera pilihan raya yang mempunyai pelbagai peranan; yang penting ia mesti tersusun rapi dan bantu membantu di antara satu sama lain. Rumah yang dibina dengan batu bata yang tersusun rapi sudah semestinya merupakan sebuah rumah yang kukuh yang tidak akan tumbang dibadai angin ribut pilihan raya.
Secara kesimpulannya, mesej daripada ketiga-tiga ayat yang dirujuk di atas ialah persaingan (salah satunya dalam konteks pilihan raya) adalah sesuatu yang fitrah dalam kehidupan manusia. Akan senantiasa ada persaingan antara mereka mendukung keadilan dan mereka yang mendukung kezaliman. Allah akan senantiasa bersama mereka yang memperjuangkan keadilan.
Untuk mencapai cita-cita ini, orang-orang beriman hendaklah berada di dalam jamaah Islam seperti PAS dan berjihad bersamanya bagi mencapai kemenangan. Perjuangan jamaah yang mantap khususnya jentera pilihan rayanya diumpamakan sebagai sebuah bangunan yang kukuh yang diikat dengan batu-bata yang memperkukuhkan satu dengan yang lain.

Suasana pilihan raya: Ayat keempat
Ayat ke empat dari al-Quran yang kita akan rujuk lebih bersifat peranan petugas-petugas PAS semasa pilihan raya itu sendiri. Ayat yang dimaksudkan adalah dari Surah al-Anfaal ayat 60. Dalam ayat ini Allah Berfirman, mafhumnya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu sanggupi dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk berperang, untuk menggerunkan (dengan persiapan sedemikian) musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain yang kamu tidak ketahui, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak dianiaya (dirugikan).”
Sekiranya ayat di atas dikaitkan dengan pilihan raya maka intisari dari ayat di atas juga boleh dilihat sebagai merupakan prasyarat kemenangan. Antara tuntutan Allah ke atas petugas parti adalah: Pertama, dalam menghadapi lawan petugas parti mesti memberi sumbangan yang maksima berdasarkan kemampuan (atau peranan) yang berbeza-beza. Ini konsisten dengan saranan Allah bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya (dalam menjalankan tugas mereka menegakkan syariat Allah) lebih dari kemampuan mereka. Allah lebih tahu batas-batas kemampuan hamba-hambaNya kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah.
Dalam hal ini, formula yang harus dipakai oleh petugas-petugas parti ialah "kemampuan sumbangan" adalah berdasarkan jawatan yang disandang: Lebih tinggi jawatan yang disandang maka lebih tingga sumbangan yang perlu diberi kepada parti. Sebagai contoh, sumbangan presiden adalah 100 peratus, pesuruhjaya negeri adalah 70 peratus, ketua kawasan ialah 50 peratus, ketua cawangan 20 peratus dan ahli biasa 10 peratus.

Berdasarkan prinsip "memaksima sumbangan berdasarkan kemampuan yang berbeza-beza," maka untuk mencapai kemenangan presiden mesti sumbang paling minima 80 peratus ( 80 daripada 100 memperoleh markah "A"), pesuruhjaya negeri 60 peratus, ketua kawasan 40 peratus, ketua cawangan 15 peratus dan akhirnya ahli biasa 8 peratus. Sumbangan ini berupa wang ringgit dan jiwa raga. Kedua-dua bentuk sumbangan ini hendaklah disumbang secara serentak. Sekiranya pemimpin atau ahli berkenaan kurang dari segi kewangan maka sumbangan dari segi tenaga hendaklah dilebihkan. Begitulah sebaliknya.
Perkara kedua yang dituntut ialah menyediakan "pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk berperang." Dalam konteks semasa ini merujuk kepada petugas-petugas parti yang telah dibekalkan dengan ilmu pilihan raya yang lengkap. Mereka faham dari segi teori dan praktis berhubung dengan peraturan dan akta pilihan raya. Mereka faham apa yang harus mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Berbekalkan ilmu pilihan raya, maka petugas parti dapat menggubal strategi dan taktik bagi berhadapan dengan lawan.
Misalnya, semasa pengundian dijalankan petugas parti akan senantiasa peka terhadap suasana di tempat mengundi. Sekiranya berdasarkan nombor kad pengenalan, pengundi yang berdiri dilihat lebih tua atau muda dari yang sepatutnya, maka petugas parti tidak akan ragu-ragu untuk memprotes kehadiran dan keabsahan pengundi tersebut.

Perkara ketiga, dengan menguasai ilmu pilihan raya secara teori dan praktik, ini dapat "menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu." Ini terbukti benar kerana kekuatan sesebuah organisasi seperti parti PAS amat bergantung kepada asas teori dan praktik yang relevan sebagai landasannya. Ini boleh memperkuatkan parti sekaligus menggerunkan musuh. Ada satu lagi perkara yang boleh menggerunkan musuh. Ini ada pada Nabi dan ada pada sahabat iaitu kekuatan ruhiyyah. Kekuatan ruhiyyah sebagai senjata yang menggerunkan musuh muncul apabila hamba Allah amat hampir dengan Allah.
Ini perlu dilihat sebagai keutamaan dalam kehidupan seorang petugas parti. Kemenangan Rasulullah S.A.W. apabila berdepan dengan musuh dalam peperangan (dalam konteks kita pilihan raya) banyak bergantung kepada faktor ini. Dalam sejarah Islam model Rasulullah S.A.W. ini diikuti dengan jayanya oleh sahabat empat (khalifah ar-Rashidun), dan Umar Abd. Aziz, Salahuddin al-Ayubi, Mohammad al-Fatih dan kedua orang Tuan Guru kita (presiden dan mursyidul am).
Perkara ke empat, semasa pilihan raya berlangsung petugas parti bukan berdepan dengan parti lawan sahaja tetapi seluruh jentera atau agensi kerajaan yang besar kemungkinan petugas parti tidak dapat mengenalpastinya dengan secara yang tepat. Al-Anfaal ayat 60 merujuk fenomena ini sebagai "musuh-musuh lain yang kamu tidak ketahui, sedang Allah mengetahuinya." Sekali lagi dalam konteks ini hubungan yang rapat dengan Allah adalah penting bagi meraih kemenangan.
Perkara yang kelima, semasa pilihan raya (dan juga di luar musim pilihan raya) petugas parti perluinfaq fi sabilillah untuk parti. Sungguhpun aspek kekuatan ruhiyyah adalah perkara yang pertama dan utama tetapi aspek kewangan juga perlu untuk menggerakkan parti. Dalam hal ini dan selari dengan tuntutan al-Quran orang yang pertama yang perlu menyumbang (dalam konteks kewangan) adalah petugas parti itu sendiri. Terdapat di kalangan kita yang amat bersemangat, belum apa-apa sudah bertakbir, tetapi apabila "kopiah bergerak" satu sen pun dia tidak menderma kepada parti!
Allah tidak hendak tengok berapa banyak kita menderma tetapi keikhlasan kita menderma untuk partiNya, walaupun satu sen. Dalam hal ini al-Anfaal, ayat 60 menegaskan: “Apa saja kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu.” Dalam kes-kes menderma kepada parti, kita amat terharu mendengar cerita atau kisah benar yang berlaku kepada ahli-ahli PAS terutama di Kelantan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Ahli biasa PAS begitu komited dan sayang kepada PAS. Terdapat ahli-ahli biasa PAS di kampung-kampung yang menghulur bantuan yang amat bermakna kepada PAS. Kita dengar cerita seorang penoreh getah yang memperolehi tiga keping getah sehari dan beliau menderma satu keping untuk PAS! Kita juga dengar cerita terdapat penanam padi yang pada satu musim memperolehi hasil lima guni padi dan satu guni diinfaqkan kepada PAS! Apakah masih ada dalam PAS sekarang ahli-ahli yang begitu komited dan sayang pada PAS? Tepuk dada tanya iman!

Persiapan kuda-kuda untuk berperang: Pentingnya jentera 
Secara yang lebih spesifik, terkini jentera parti perlu menfokuskan kepada tiga kerja penting: Penambahan ahli baharu sehingga mencapai sasaran kemenangan, peningkatan kepakaran (berkaitan peraturan dan akta pilihan raya) dan pengukuhan kewangan. Ketiga-tiga perkara ini telah pun disentuh secara ringkas dalam perbincangan di atas. Dari sudut kewangan, sebagaimana yang telah ditetapkan setiap unit peti undi perlu mempunyai tabung sebanyak RM5000.
Dalam kes penambahan ahli baharu kita rujuk kepada negeri Perak sebagai contuh. Pada tahun 2008 jumlah penduduk negeri Perak adalah 2,351,300 orang. Daripada 2 juta lebih penduduk negeri Perak ini, 1,183,316 telah mendaftar sebagai pemilih. Berdasarkan kelayakan (umur 21 tahun ke atas), jumlah pengundi sepatutnya berjumlah 1,410,780. Ini bermakna mereka yang layak tetapi belum mendaftar ialah seramai 227,464.
PAS Perak perlu berusaha untuk mendaftar pengundi yang layak tetapi belum mendaftar ini iaitu di peringkat minima (33 peratus) iaitu seramai 75,063 dan di peringkat maksima (66 peratus) iaitu seramai 150,126 pengundi. Dalam konteks pendaftaran pemilih baharu, tumpuan perlu diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Unit Pendaftaran Pemilih (UPP) dan Program Gerakan Pendaftaran Pemilih (PGPP) peringkat Dun.
Persiapan-persiapan lain yang relevan bagi menghadapi pilihan raya ialah peralatan yang mencukupi seperti komputer dan kedudukan strategik bilik-bilik gerakan Majlis Tindakan Dun dan UPU. Jangan dilupakan program-program munajat yang perlu diadakan secara kerap khususnya selepas pembubaran dewan sehinggalah keputusan pilihan raya diumumkan.

Kesimpulan 

Secara umumnya pilihan raya adalah berkaitan dengan keupayaan satu-satu parti politik yang bertanding dengan menggunakan isu-isu yang dikira penting, manifesto yang menyakinkan dan tawaran-tawaran lain yang boleh memikat pengundi. Dalam hal ini, parti-parti bertanding cuba untuk memenangi hati dan fikiran pengundi. Islam melihat peranan hati sebagai anggota tubuh manusia yang paling penting kerana hati merupakan pusat kepada pelakuan manusia (termasuk pelakuan politik semasa pilihan raya); dan hanya Allah yang boleh menenangkan hati manusia yang berbolak-balik (terutamanya apabila berdepan dengan umpan-umpan pilihan raya) dan kepada Allahlah petugas-petugas pilihan raya PAS perlu rujuk bagi mendapat hidayah, pertolongan dan seterusnya kemenangan.