Thursday 20 October 2011

Pemuda PAS tegaskan sokong Himpun




















Dewan Pemuda PAS Pusat terus menunjukkan sokongan 
kepada Perhimpunan
 Sejuta Umat yang dijadual esok di Shah Alam, Selangor, 
walaupun PAS secara
 rasmi tidak menyertai perhimpunan itu dengan alasan tidak mempolitikkan
gerakan itu.
Timbalan Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam dua tulisan
 di blog beliaumenegaskan lagi sokongan untuk Himpun, yang dipercayai
 menggambarkan sentimen sejumlah besar ahli sayap parti itu.

Nik Abduh menerbitkan dua tulisan berkenaan Himpun selama dua hari berturut-turut
 pada Rabu dan Khamis, yang dilihat sebagai isyarat kepada Pemuda PAS dan membalas
arahan halangan yang dikeluarkan oleh PAS Selangor.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan turut menyatakan sokongan melalui
 kenyataan pada Isnin, 17 Oktober.

Arahan menghalang ahli menyertai Himpun oleh PAS Selangor dikritik sebagai tidak 
perlu dan berlebihan oleh ramai ahli, selepas PAS pusat hanya menyatakan pendirian
 tidak menyertai
 tetapi tidak menyatakan halangan kepada ahli.

Rabu lalu, Nik Abduh dalam tulisan Mengapa PAS Menyokong Himpun? menjelaskan
Pemuda PAS menyokong Himpun "dengan tujuan menunjukkan keprihatinan bersama
terhadap usaha menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam daripada 
diganggu
 gugat oleh musuh-musuh Islam yang berusaha merosakkan akidah umat." 

"Justeru PAS memandang tinggi usaha seluruh umat Islam untuk berhimpun memahamkan
umat dan mendesak kerajaan agar segera melakukan sesuatu yang lebih tegas 
melalui undang-undang yang diaktakan demi mencegah pencabulan ke atas maruah 
dan ruh umat Islam,"
tegasnya dalam pandangan yang selari dengan pendirian Himpun.

Pemuda PAS ialah salah sebuah kumpulan yang tersenarai sebagai penyokong
Himpun,
dengan ahlinya terlibat aktif dalam kumpulan yang menjadi penganjur bersama.

Himpun dikritik banyak pihak sebagai membawa pendekatan yang salah, termasuk
oleh pemimpin PAS sendiri Dr Mujahid Yusof, yang menyatakan dialog antara agama
sebagai
 pilihan yang lebih baik.

Mujahid juga dilapor melahirkan kebimbangan Himpun akan dieksploit oleh pihak
 tertentu
 yang mempunyai agenda jahat - yang dipercayai merujuk kepada Umno dan
 penyokongnya - dan berpotensi mencetuskan ketegangan antara agama.

Pengerusi bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad dilapor kesal dengan kenyataan
 beberapa pemimpin politik Melayu yang didakwa kurang sensitif, termasuk 
mendakwa perhimpunan itu bukan wadah terbaik menangani isu seperti murtad.

Yusri dilapor berkata pemimpin politik Muslim sewajarnya menyokong Himpun
 walaupun
enggan menyertai secara langsung.

Himpun juga berpendirian mengelakkan perhimpunan itu dipolitikkan tetapi
 mengalu-alukan penyertaan semua pihak beragama Islam.

Himpun juga memberi jaminan tidak akan membenarkan sebarang provokasi
seperti 
dalam bentuk tulisan di sepanduk dibawa oleh peserta himpunan.

Perhimpunan seperti ini pernah diadakan pada Julai 2006 di Masjid Wilayah Jalan
 Duta
dengan memberi tumpuan kepada isu murtad Lina Joy dan implikasi perundangannya
 dan
 tuntutan Majlis Antara Agama.

Perhimpunan itu juga digerakkan oleh Pertubuhan Pembela Islam dan Teras dan turut
disertai wakil-wakil PAS.

Perhimpunan kali ini yang diadakan menyusul kes gereja Metodis yang dipercayai
berusaha memurtadkan umat Muslim dibimbangi PAS bakal mendatangkan
implikasi
 politik yang
negatif terhadap kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Kes tersebut menjadi kes terbaharu yang meletakkan PAS dalam kedudukan 
defensif
dan dieksploit oleh Umno untuk mengukuhkan kempen negatif terhadap PAS, 
terutama
di Selangor yang sebelum ini dikuasai Umno.

No comments:

Post a Comment